Tuesday, December 1, 2015

PROGRAM BERKHATAN MPSJ 2015


Lebih kurang 45 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak
kakitangan MPSJ telah menyertainya
Majlis dimulakan dengan perarakan anak-anak yang berkhatan
dari lobi MPSJ masuk ke Dewan Kenanga diringi dengan paluan
kompang, berselawat dan bungga manggar


Seterusnya pemberian hadiah daripada Dato YDP MPSJ
selaku Penaung Kelab dan untuk makluman kakitangan
hanya perlu membayar separuh sahaja dari kos berkhatan ini
manakala separuh lagi ditanggung oleh pihak kelab
termasuk majlis penganjurannya
Majlis yang ditunggu oleh semua pihak terutama anak-anak
yang berkhatan ialah siraman air daripada pihak Bomba yang
didatangkan khas dari Balai Bomba Subang Jaya bersama
kenderaan mereka



Setelah selesai acara siraman air bomba, kanak-kanak dibawa
ke Bilik Mesyuarat 1 untuk menunggu giliran berkhatan




Selepas berkhatan kanak-kanak direhatkan di Mini Library
sebelum dibenarkan di bawa pulang

Urusetia bagi Majlis Berkhatan MPSJ 2015
yang di anjurkan oleh Biro Agama / Surau  Kelab Sukan
Urusetia bersama pihak kakitangan KPMC yang
menguruskan Majlis Berkhatan ini
Terima kasih semua daripada pihak Kelab

No comments:

Post a Comment