Monday, September 28, 2015

POSTER HARI KELUARGA MPSJ 2015

 Hari Keluarga MPSJ 2015 anjuran Kelab Sukan 
Dan Kebajikan MPSJ akan diadakan pada
03 Oktober 2015 Sabtu bertempat di Sunway Lagoon

Tarikh pendaftaran dan pengambilan ticket 
bermula jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi
Pihak kelab telah mnyediakan 18 kaunter di pintu masuk
bagi memudahkan kakitangan untuk mendaftar
dan seterusnya masuk untuk menyertai hari keluarga ini 
dan sila masuk menggunakan laluan di Surf Beach
dan kakitangan boleh meletakkan kenderaan berhadapan 
Sunway Resort Hotel & Spa,  Pyramid Tower Hotel, kawasan kedai 
di Jalan PJS 11/28 dan letak kereta berbayar bersebelahan Menara Sunway


Bagi kenderaan yang parkir di dalam tempat letak kereta hotel sila naik
tangga escilator untuk ke kaunter pendaftaran yang berada
ditingkat atas


Sarapan pagi bermula jam 9.00 pagi dan makan tengahari
bermula jam 12.00 tengahari. Pastikan anda tepat pada waktunya
bagi pengambilan makanan tersebut



  
Pihak kelab juga membuka tempahan untuk ticket kepada
kakitangan yang ingin membawa tetamu luar dengan bayaran RM 80.00
(kategori terbuka dewasa / kanak-kanak) termasuk sarapan
dan makanan tengahari terhad kepada 300 orang sahaja

Sila berhubung dengan Pn Wan Noor Sutira Wan Ibrahim
Jabatan Bangunan / No. sambungan 4449

No comments:

Post a Comment