Tuesday, February 9, 2016

MESYUARAT DATO' YDP BERSAMA AJK KELAB BAGI TAHUN 2016

Satu Mesyuarat Bersama Dato' YDP dan AJK Kelab
telah diadakan pada 04 Februari 2016 / Khamis
bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Aras 2
 Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan YDP
En. Abdullah Bin Marjunid selaku Penasihat Kelab dan 
semua AJK-AJK Kelab yang telah dilantik bagi penggal 2015 - 2017
 Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan aktiviti
dan program sepanjang 2015 yang lalu untuk makluman Dato' YDP 
Mesyuarat juga membentangkan Perancangan Program Dan
Aktiviti Kelab Bagi Tahun 2016 untuk penilaian dan kelulusan Dato' 

Setelah bermesyuarat dan hasil pandangan serta nasihat
daripada Dato' YDP selaku Penaung Kelab dan Timbalan YDP
selaku Penasihat Kelab, Perancangan Program Kelab bagi
Tahun 2016 telah diluluskan dengan terdapat sedikit pengubahsuaian
seperti yang ditekankan oleh Dato' iaitu keutamaan adalah lebih
kepada kakitangan kumpulan C & D dan aktiviti lebih kepada
penyertaan semua pihak, disamping perbelanjaan
 yang lebih berhemah selaras dengan dasar penjimatan yang
 diamalkan, namun program harus diteruskan tanpa
 sebarang pengurangan.

Bagi aktiviti dan program tahun 2015, Dato' YDP mengucapkan
syabas kepada pihak kelab dengan pelbagai penganjuran
program yang meriah dan mendapat sambutan semua kakitangan
serta diadakan setiap bulan terutama acara sukan

No comments:

Post a Comment