Wednesday, March 23, 2016

TAHNIAH PENERIMA APC MPSJ 2016 & TERIMA KASIH KEPADA WARGA MPSJ YANG BERSARA


Pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ, mengucapkan TAHNIAH
kepada semua kakitangan yang telah menerima ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG MPSJ 2016


Selamat Bersara kepada kakitangan yang telah menabur bakti kepada MPSJ
Jasa dan pengorbanan tuan-puan selama di MPSJ tetap 
dihargai dengan Sumbangan Persaraan dari pihak Kelab

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA JABATAN 2016


Tuesday, March 8, 2016

SEKITAR PERTANDINGAN KAROM ANTARA JABATAN 2016


 Pertandingan Karom Antara Jabatan 2016 Anjuran Kelab
telah selamat diadakan pada 27 Februari 2016 Sabtu 
bertempat di Kafeteria MPSJ

Pertandingan berlangsung dengan sengit dengan penyertaan 
15 pasukan dari pelbagai jabatan dan berlarutan sehingga ke petang







Keputusan penuh Pertandingan Karom Antara Jabatan MPSJ 2016
adalah seperti berikut :

JUARA : JBT KHIDMAT PENGURUSAN


NAIB JOHAN : JBT PEMBANGUNAN MASYARAKAT A


TEMPAT KE 3 : JBT PENGUATKUASA A


TEMPAT KE 4 : JABATAN PENGUATKUASA B

Tahniah kepada semua pemenang dari Kelab Sukan dan Kebajikan MPSJ

Wednesday, February 24, 2016

PERTANDINGAN KAROM ANTARA JABATAN 2016


Program Pertama Biro Sukan Kelab Bagi Tahun 2016
Pertandingan Karom Antara Jabatan 2016, 27 Feb 2016
Sabtu, bermula jam 8.00 pagi hingga 6 petang
Bertempat di Kafeteria MPSJ

Berminat hubungi AJK Biro Sukan Kelab

Tuesday, February 16, 2016

PENGGUNAAN BORANG BARU BAGI TUNTUTAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KELAB

 Penggunaan Borang
Baru Bagi Tujuan Tuntutan Sumbangan Kebajikan Kelab
Untuk Tahun  2016 bermula Februari ini

Borang-borang boleh didapati dari AJK Biro Kebajikan
dan akan dipaparkan dalam OCPS dalam masa terdekat
 

Tuesday, February 9, 2016

MESYUARAT DATO' YDP BERSAMA AJK KELAB BAGI TAHUN 2016

Satu Mesyuarat Bersama Dato' YDP dan AJK Kelab
telah diadakan pada 04 Februari 2016 / Khamis
bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Aras 2
 Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan YDP
En. Abdullah Bin Marjunid selaku Penasihat Kelab dan 
semua AJK-AJK Kelab yang telah dilantik bagi penggal 2015 - 2017
 Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan aktiviti
dan program sepanjang 2015 yang lalu untuk makluman Dato' YDP 
Mesyuarat juga membentangkan Perancangan Program Dan
Aktiviti Kelab Bagi Tahun 2016 untuk penilaian dan kelulusan Dato' 

Setelah bermesyuarat dan hasil pandangan serta nasihat
daripada Dato' YDP selaku Penaung Kelab dan Timbalan YDP
selaku Penasihat Kelab, Perancangan Program Kelab bagi
Tahun 2016 telah diluluskan dengan terdapat sedikit pengubahsuaian
seperti yang ditekankan oleh Dato' iaitu keutamaan adalah lebih
kepada kakitangan kumpulan C & D dan aktiviti lebih kepada
penyertaan semua pihak, disamping perbelanjaan
 yang lebih berhemah selaras dengan dasar penjimatan yang
 diamalkan, namun program harus diteruskan tanpa
 sebarang pengurangan.

Bagi aktiviti dan program tahun 2015, Dato' YDP mengucapkan
syabas kepada pihak kelab dengan pelbagai penganjuran
program yang meriah dan mendapat sambutan semua kakitangan
serta diadakan setiap bulan terutama acara sukan

Tuesday, February 2, 2016

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Pihak Kelab mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA
 kepada ahli kelab yang berbangsa cina

Tuesday, January 19, 2016

BORANG CADANGAN PROGRAM & AKTIVITI KELAB 2016 DI OCPS

Anda mempunyai idea dan cadangan untuk Program Kelab 2016
Sila kemukakan dan semak di OCPS,  sekiranya terpilih
pihak kelab akan cuba melaksanakannya 

 


Thursday, January 14, 2016

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN BULANAN DIHOSKAN OLEH KELAB

 Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Subang Jaya Bagi Bulan Januari 2016
dihoskan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ telah selamat diadakan pada
13 Januari 2016 / Rabu tepat jam 8.00 pagi


Tuan Ir. Haji Mohd Ariffuddin selaku Presiden Kelab
telah diberi peluang untuk memberikan pengucapan awam

 Seterusnya adalah pengucapan awam daripada YBhg Dato' YDP

Sebahagian kakitangan yang hadir dalam menjayakan
perhimpunan bulanan ini 

 Penyampaian hadiah bagi pemenang beberapa program
yang dilangsungkan pada bulan Disember 2015 turut diadakan


 YBhg Datp' YDP berbesarhati untuk menandatangani
papan tanda nama Surau MPSJ
 Persembahan yang ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir
iaitu Sajak dan Kior dari AJK Kelab



Kaunter tuntutan hadiah hari lahir bulan Januari juga telah
dibuka pada hari perhimpunan bulanan ini

Pihak kelab merakam penghargaan terima kasih kepada semua
dalam menjayakan perhimpunan bulanan ini dan memohon maaf
sekiranya terdapat kekurangan