Seawal 7.00 pagi kakitangan telah mula hadir di pintu masuk
Sunway Lagoon bagi menjayakan Hari Keluarga MPSJ 2015
Kaunter pengesahan kedatangan mengikut jabatan mula diserbu
oleh kakitangan bagi tujuan bukti kehadiran mereka untuk
bersama-sama meraikan hari keluarga ini
Berlaku sedikit kesesakan di tangga eskalator kerana ianya
tidak boleh menampung jumlah bebanan yang banyak namun
pujian harus diberikan kepada kakitangandengan sifat kesabaran
dalam pihak Sunway menangani permasalahan ini
Keperhatinan pihak Dato YDP selaku Penaung Kelab Sukan & Kebajikan
MPSJ juga diucapkan terima kasih kerana bersama-sama membantu
serta mengambil berat permasalahan berlaku dan hanya turun
ke bawah setelah masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya oleh
pihak Sunway
Setibanya di tapak hari keluarga tersebut , semua kakitangan
terus diberikan sarapan pagi sebelum acara bermula