Monday, September 28, 2015

PENYERAHAN BAJU T-SHIRT & PENGESAHAN HARI KELUARGA MPSJ 2015





GAMBAR- GAMBAR SEKITAR KORBAN MPSJ 2015 / 1436 HIJRAH

 Majlis Korban MPSJ 2015 / 1436 Hijrah telah selamat diadakan pada
25 September 2015 / 11  Zulhijjah 1436 Hijrah Jumaat yang lalu
di kawasan lapang padang Kompleks Sukan Bangunan Ibupejabat MPSJ.

 Sebanyak 7 ekor lembu dikorban termasuk untuk akikah oleh
kakitangan yang bermula tepat jam 7.30 pagi.
Jamuan makan turut disediakan.











Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada semua dalam menjayakan
Majlis Korban 2015 ini terutama kepada pihak urusetia korban
yang terdiri daripada AJK Biro Surau, Kelab Sukan & Kebajikan MPSJ

POSTER HARI KELUARGA MPSJ 2015

 Hari Keluarga MPSJ 2015 anjuran Kelab Sukan 
Dan Kebajikan MPSJ akan diadakan pada
03 Oktober 2015 Sabtu bertempat di Sunway Lagoon

Tarikh pendaftaran dan pengambilan ticket 
bermula jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi
Pihak kelab telah mnyediakan 18 kaunter di pintu masuk
bagi memudahkan kakitangan untuk mendaftar
dan seterusnya masuk untuk menyertai hari keluarga ini 
dan sila masuk menggunakan laluan di Surf Beach
dan kakitangan boleh meletakkan kenderaan berhadapan 
Sunway Resort Hotel & Spa,  Pyramid Tower Hotel, kawasan kedai 
di Jalan PJS 11/28 dan letak kereta berbayar bersebelahan Menara Sunway


Bagi kenderaan yang parkir di dalam tempat letak kereta hotel sila naik
tangga escilator untuk ke kaunter pendaftaran yang berada
ditingkat atas


Sarapan pagi bermula jam 9.00 pagi dan makan tengahari
bermula jam 12.00 tengahari. Pastikan anda tepat pada waktunya
bagi pengambilan makanan tersebut



  
Pihak kelab juga membuka tempahan untuk ticket kepada
kakitangan yang ingin membawa tetamu luar dengan bayaran RM 80.00
(kategori terbuka dewasa / kanak-kanak) termasuk sarapan
dan makanan tengahari terhad kepada 300 orang sahaja

Sila berhubung dengan Pn Wan Noor Sutira Wan Ibrahim
Jabatan Bangunan / No. sambungan 4449

Monday, September 21, 2015

LAWATAN KE TAPAK PENDAFTARAN HARI KELUARGA MPSJ

Satu lawatan ke tapak pendaftaran hari keluarga 
telah diadakan pada 14 September 2015 lalu
di Sunway Lagoon

Lawatan ini diketuai oleh En Isham Abu Kasim selaku
Setiausaha Kelab, Pn Nor Zaida Musa Bendahari Kelab, 
Pn Wan Nor Sutira, Pen. Bendehari dan En Zuraidi Ali
Biro Kebajikan

Lokasi pendaftaran berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini
Ini adalah kerana. pihak kelab telah menerima penyertaan
hampir 90 % kakitangan pada hari keluarga tersebut
dan dijangkakan lebih kurang 5,000 orang kakitangan
berserta ahli keluarga akan menghadirinya

Bagi tujuan  melancarkan  pendaftaran hari keluarga tersebut
Pihak kelab telah melantik beberapa kakitangan menjadi AJK Kecil
bagi membantu pihak kelab dalam menguruskannya

Harapan pihak kelab agar program hari keluarga ini
dapat berjalan lancar dan selamat dijayakan

Thursday, September 10, 2015

LAWATAN TURUN PADANG DATO' YDP KE PERTANDINGAN BOLATAMPAR ANTARA JABATAN MPSJ 2015

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian Dato' YDP
selaku Penaung Kelab Sukan untuk turun memberikan sokongan
dan menyaksikan Pertandingan Bolatampar Antara MPSJ 2015
anjuran kelab ini





Semoga dengan kehadiran Dato' YDP memberikan satu semangat
dan motivasi kepada pasukan dan kakitangan yang bertanding 

Marilah kita sama-sama memeriahkan dan menyaksikan pertandingan ini 
dengan memberikan sokongan tidak berbelah bagi dan dengan penuh semangat
 kepada  rakan-rakan dan jabatan kita ini




Tuesday, September 8, 2015

PERTANDINGAN BOLATAMPAR ANTARA JABATAN MPSJ 2015

Pertandingan Bolatampar Antara Jabatan MPSJ 2015
anjuran Kelab Sukan & Kebajikan MPSJ
telah bermula pada 07 September 2015 Isnin



Jadual perlawanan adalah seperti di atas dan tertakluk pada pindaan


Wakil dari Jabatan Kontrak & Ukur Bahan

Jabatan Undang-Undang

Jabatan Landskap

Pasukan Wanita Jabatan Perancangan Korporat

Jabatan Perbendaharaan & Hasil

Pasukan Wanita Jabatan Undang-Undang

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar dan para penyokongnya

Jabatan Pembangunan Masyarakat



Jabatan Perancangan Bandar 

Jabatan Pelesenan 
Merah Menyala dari Pasukan Wanita Jabatan Bangunan / OSC

Ku Lihat Hijau dari Jabatan Landskap

Merah Jambu Menawan dari Jabatan Khidmat Pengurusan

  
Jabatan Pembangunan Masyarakat

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

\
Abang-Abang Sado Dari Jabatan Kejuruteraan

Pasukan Lelaki Jabatan Pembangunan Masyarakat

Jabatan Penguatkuasaaan 

Pasukan Lelaki Jabatan Bangunan

Team dari Jabatan Penguatkuasaan


Harapan pihak kelab agar pertandingan ini dapat diadakan
dengan pemuh semangat kesukanan daripada semua jabatan dan
pasukan yang menyertainya