Tuesday, July 14, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI PIHAK KELAB

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pegawai dan kakitangan MPSJ


MAJLIS PENYERAHAN KUIH RAYA & SAMPUL RAYA KEPADA KAKITANGAN


Pihak Kelab meneruskan lagi aktiviti kebajikan 
sempena  di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan penyerahan
sumbangan kuih raya dan sampul raya kepada kakitangan
 
Semua kakitangan mendapat sebekas kuih raya dan 3 peket sampul raya
dan penyerahan dilakukan kepada wakil-wakil jabatan yang dilantik
 




MAJLIS KHATAM AL-QURAN MPSJ




Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Surau Al-Raudah MPSJ 
bersama Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan MPSJ
telah diadakan pada 10 Julai 2015 Jumaat bersamaan 
23 Ramadhan 1436 Hijrah bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga


Majlis dirasmikan oleh Tuan Abdullah Bin Marjunid, selaku
Penasihat Kelab mewakili Dato YDP MPSJ


Persembahan nyanyian nasyid dari peserta Khatam Al-Quran



Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan
dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2015 ini

BAZAR RAMADHAN DI KAFETERIA MPSJ

Sempena Bulan Ramadhan ini, pihak Biro Ekonomi, Kelab Sukan
telah membuka dan menyediakan Jualan Bazar Ramadhan
bertempat di Kafeteria MPSJ


Jualan bazar ini berlangsung dari 25 Jun hingga 14 Jul 2015
dan ianya menempatkan pelbagai jenisgerai menjual pakaian, 
peralatan aksesori sehingga juadah makanan berbuka puasa


Semoga kewujudan bazar ini memberi banyak manafaat
kepada kakitangan dalam penyediaan sambutan 
Hari Raya Aidilfitri ini





Wednesday, July 1, 2015

PROGRAM MEMASAK DAN PENYERAHAN BUBUR LAMBOK

Program Memasak dan Penyerahan Bubur Lambuk
anjuran Kelab telah diadakan pada 26 Jun 2015 / 09 Ramadhan
1436 Hijrah bertempat diperkarangan Bangunan Ibupejabat MPSJ

 Program ini telah menjadi tradisi kelab setiap tahun setiap kali bulan Ramadhan
dengan memberikan sumbangan bubur lambuk kepada kakitangan

 Pada tahun ini bagi mencetus kelainan dan idea Pengerusi Kelab, Ir Ariffuddin,
bubur lambuk tersebut di masak sendiri oleh pihak katering yang dilantik
diperkarangan bangunan ibu pejabat MPSJ
Dato' YDP MPSJ bersama Presiden Kelab menyerahkan sumbangan
bubur lambuk kepada kakitangan


Antara AJK Kelab yang turut mebantu dalam penyerahan
agihan bubur lambuk tersebut



PROGRAM KELAB SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2015 / 1436 HIJRAH

Sempena menyambut Bulan Ramadhan 2015 / 1436 Hijrah, pihak kelab 
telah merancang untuk mengadakan pelbagai program antaranya
adalah seperti berikut :-

1) Sumbangan Kurma kepada kakitangan
2) Sumbangan kepada Kakitangan Berstatus Ibu Tunggal
3) Sumbangan kepada kakitangan berstatus OKU
4) Sumbangan kepada kakitangan yang mempunyai anak OKU
5) Sumbangan Bubur Lambuk
6) Sumbangan Kuih Raya
7) Majlis Tadarus Al-Quran di Surau MPSJ
8) Majlis Khatam Al-Quran
9) Jualan Bazar Ramadhan & Aidilfitri di Kafeteria MPSJ




PEMBERIAN SUMBANGAN KURMA SEMPENA RAMADHAN


Sempena Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini
pihak kelab telah menghulurkan sumbangan kurma kepada semua
kakitangan yang berugama Islam


 Satu Majlis ringkas penyerahan kepada kakitangan dan wakil-
wakil jabatan telah diadakan pada 17 Jun 2015 / 30 Syaban 1436
Hijrah di lobi Dewan Kenanga, MPSJ

Ianya disampaikan oleh En Mohamad Razmi Bin. Mat Sehat, selaku 
mewakili Presiden Kelab, Tn Ir. Ariffuddin Bin Hj Kamari yang tidak
dapat hadir kerana mempunyai urusan lain







Semuga sumbangan ini membawa manfaat kepada  kakitangan
terutama digunakan pada waktu berbuka puasa nanti dan  pihak Kelab 
mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dan Berpuasa