Thursday, June 18, 2015

PERLAWANAN AKHIR PERTANDINGAN BOLASEPAK ANTARA JABATAN 2015


Perlawanan Bolasepak Antara Jabatan 2015, Anjuran Kelab Sukan
Dan Kebajikan MPSJ telah sampai ke peringkat akhir setelah 
dilangsungkan selama hampir 1 bulan


Perlawanan Akhir diadakan di Kompleks Sukan, Bangunan Ibupejabat MPSJ
diantara Jabatan Khidmat Pengurusan bertemu dengan Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JPM)


Dato' YDP selaku penasihat kelab telah dijemput untuk
menyaksikan perlawanan akhir ini dan seterusnya merasmikan
perlawanan yang terhebat ini




Para pemain, pengurus dari kedua-dua jabatan serta AJK Kelab
bergambar kenangan bersama Dato' YDP dan TYDP sebelum perlawanan 
akhir bermula

Para pemain jagoan yang mewakili Jabatan Khidmat Pengurusan
Para pemain dari Jabatan Pembangunan Masyarakat
Kumpulan sorak dari JPM yang menghangatkan lagi
perlawanan akhir ini




Tahniah kepada Jabatan Khidmat Pengurusan kerana telah
menjuarai pertandingan bagi edisi 2015 ini dengan kemenangan
melalui tendangan penalti.

Pihak kelab merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua
dalam menjayakan pertandingan kali ini.  Kalah menang adalah adat
setiap pertandingan, apa yang penting semangat kesukanan dan
semangat kerjaberpasukan menjadi ttik tolak  dalam setiap
kejayaan yang kita

Tuesday, June 16, 2015

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

Kelab Sukan Dan Kebajikan, MPSJ mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Berpuasa
kepada semua kakitangan MPSJ yang beragama Islam.  
Semuga ibadah kita kerjakan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya

Pihak kelab telah merancang pelbagai program untuk kakitangan dalam pengisian bulan
yang penuh barakah ini seperti berikut :-

1. Majlis Tadarus Al-Quran & Khatam Al-Quran di Surau MPSJ 
2. Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma dari Kelab Sukan
3. Majlis memasak dan penyerahan bubur labuk di perkarangan bangunan MPSJ
4. Majlis penyerahan sumbangan kepada kakitangan berstatus Ibu Tunggal
5. Majlis penyerahan sumbangan kepada kakitangan berstatus OKU & anak OKU
6. Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan & Lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua
Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong
7. Majlis penyerahan sumbangan kuih raya kepada kakitangan

* Tarikh, Masa & waktu program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Monday, June 8, 2015

SEKITAR PERLAWANAN BOLASEPAK ANTARA JABATAN 2015

Perlawanan Bolasepak Antara Jabatan 2015
Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPSJ 
Satu pertandingan yang cukup hebat, penuh dengan dramatik,
klasik dan emosi di MPSJ.


Disini lahirnya bakat-bakat terpendam yang boleh diketengahkan
oleh pihak pengurusan MPSJ dalam membentuk skuad pelapis
kepada skuad utama MPSJ 


Semoga semua pasukan bemain dengan penuh semangat kesukanan
serta displin yang tinggi, kerana tujuan pertandingan ini diadakan
adalah untuk mengeratkan persahabatan sesama kita di MPS
disamping riadah terbaik  setelah penat berkerja.


Manakala kemenangan adalah merupakan satu bonus hasil usaha
serta kerjakeras dan kerjaberpasukan  setiap pasukan yang bertanding




Terima kasih juga kepada kakitangan dan penyokong pasukan yang hadir,
tanpa anda semua, kemeriahan pertandingan ini tidak akan dapat 
dirasakan kerana anda  adalah pemain yg ke 12 bagi setiap pasukan 
yang dapat membantu menaikkan semangat pemain pada
setiap pertandingan.



* gambar2 credit to En Fauzi & En Fairuz (Biro Sukan, Kelab)