Wednesday, May 20, 2015

KAUNTER PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR KAKITANGAN


Pihak kelab  telah membuka  Kaunter Penyerahan Hadiah Hari Lahir
 Kakitangan bagi memudahkan kakitangan membuat tuntutan pada 
perhimpunan bulan Mei 2015 yang lalu


Cetusan Idea ini adalah dilahirkan dari Presiden Kelab sendiri
iaitu Ir. Mohd Ariffuddin bagi memudahkan kakitangan yang
berada di pejabat cawangan untuk menuntut hadiah tersebut
kerana pihak kelab banyak menerima rungutan daripada
kakitangan kesukaran untuk datang serta hadiah tidak dapat dituntut

Pihak kelab akan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa
berkenaan kaunter penyerahan ini berdasarkan dari maklumbalas 
kakitangan semua 


Pihak kelab merakamkan terima kasih kepada semua
petugas dalam menguruskan kaunter tersebut


Presiden Kelab bergambar bersama AJK Pengurusan Tertinggi Kelab


* gambar2 credit kpd Pn Zaida (Bendahari Kelab)

Wednesday, May 13, 2015

PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SUMBANGSIH / PERASMIAN KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARA JABATAN 2015


Kejohanan Bolasepak Antara Jabatan, satu pertandingan yang
ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan MPSJ.  Ianya adalah satu
pertandingan yang cukup hebat di mana semua pemain-pemain
terbaik dari setiap Jabatan di MPSJ  akan bertarung merebut piala
yang teragung di MPSJ ini


Bagi menghangatkan lagi pertandingan ini, satu perlawanan Piala
Sumbangsih telah diadakan antara Pasukan Pilihan  Kelab Sukan
dan Kebajikan MPSJ (KSK) dan Jabatan Teknikal MPSJ , iaitu
juara bagi pertandingan ini pada tahun 2013.

Dato YDP selaku Penaung Kelab telah sudi hadir untuk
menyaksikan perlawanan ini dan  seterusnya merasmikan
Kejohanan Bolasepak Antara Jabatan 2015 anjuran
Kelab Sukan dan Kebajikan MPSJ

Marilah  bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan
jabatan kita agar pertandingan ini lebih meriah dengan kehangatan
sokongan daripada kakitangan semua disamping dapat mengeratkan
lagi hubungan persahabatan sesama kita di MPSJ ini