Wednesday, December 30, 2015

KAUNTER PENYERAHAN SUMBANGAN HADIAH HARI LAHIR

 Kaunter Penyerahan Sumbangan Hadiah Hari Lahir
telah di buka oleh pihak kelab pada perhimpunan bulanan  Dis 2015
yang lalu.  Ini adalah kaunter kali ke 2 dan yang terakhir bagi tahun 2015
di buka oleh pihak kelab
bagi memudahkan kakitangan membuat tuntutan
 
 Kakitangan yang masih belum menuntut boleh berhubung terus
dengan Biro Kebajikan Kelab, Pn Raha


MERAIKAN KAKITANGAN YANG MENGERJAKAN UMRAH ATAS TAJAAN PERKHIDMATAN MELEBIHI 20 TAHUN

 Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang telah menerima tajaan
mengerjakan ibadat Umrah bagi tahun 2016 hasil daripada
perkhidmatan melebihi 20 tahun di MPSJ

Mereka terdiri daripada :

1) En Zainal - Jabatan Lamdskap
2) En Azhar Zainuddin - Jbt Kesihatan
3) En Baharom Jamil - Jbt Penguatkkuasaan
4) En Mohd Fadil Mukhtar - Jbt Penguatkuasaan
5) En Rahim Naem - Jbt Penguatkuasaan
 
Semoga perjalanan mereka selamat sampai dan balik serta
dipermudahkan sepanjang berada di sana

SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI

 Sempena Menyambut Hari Deepavali, pihak Kelab melalui
Biro Kebajikan telah menyerahkan sumbangan kepada
kakitangan / ahli yang berbangsa India yang berstatus Ibu Tunggal, 
Anak OKU dan OKU bagi meringankan beban mereka menyambut
perayaan tersebut



Wednesday, December 16, 2015

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH - JOM GUNTING RAMBUT


HARAP MAAF PROGRAM INI TELAH DIBATALKAN
ATAS  SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN
PIHAK KELAB MEMOHON MAAF

Sempena menyambut Hari Persekolahan yang akan bermula1-2 minggu lagi,
pihak Kelab akan menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah - JOM GUNTING RAMBUT

Majlis dirancang akan diadakan pada 30 Dis 2015 / Rabu, bermula jam 9.00 pagi
sehingga 12.00 tengahari, khusus untuk anak kakitangan MPSJ

Program ini dirancang bagi mengurangkan bebanan kakitangan dalam membuat persediaaan
anak-anak kembali ke sekolah

Tuesday, December 1, 2015

PROGRAM BERKHATAN MPSJ 2015


Lebih kurang 45 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak
kakitangan MPSJ telah menyertainya
Majlis dimulakan dengan perarakan anak-anak yang berkhatan
dari lobi MPSJ masuk ke Dewan Kenanga diringi dengan paluan
kompang, berselawat dan bungga manggar


Seterusnya pemberian hadiah daripada Dato YDP MPSJ
selaku Penaung Kelab dan untuk makluman kakitangan
hanya perlu membayar separuh sahaja dari kos berkhatan ini
manakala separuh lagi ditanggung oleh pihak kelab
termasuk majlis penganjurannya
Majlis yang ditunggu oleh semua pihak terutama anak-anak
yang berkhatan ialah siraman air daripada pihak Bomba yang
didatangkan khas dari Balai Bomba Subang Jaya bersama
kenderaan mereka



Setelah selesai acara siraman air bomba, kanak-kanak dibawa
ke Bilik Mesyuarat 1 untuk menunggu giliran berkhatan




Selepas berkhatan kanak-kanak direhatkan di Mini Library
sebelum dibenarkan di bawa pulang

Urusetia bagi Majlis Berkhatan MPSJ 2015
yang di anjurkan oleh Biro Agama / Surau  Kelab Sukan
Urusetia bersama pihak kakitangan KPMC yang
menguruskan Majlis Berkhatan ini
Terima kasih semua daripada pihak Kelab

Tuesday, November 24, 2015

SEKITAR PROGRAM BERSAMA DATUK USTAZ KAZIM ELIAS

Program Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias Anjuran Bahagian Latihan MPSJ
Dan Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ telah selamat dijayakan
pada 13 November 2015 yang lalu
  
Presiden Kelab Ir Ariffuddin telah diberi peluang menjadi
Moderator dalam program dan ini merupakan satu penghargaan
kepada kelab dan semua ahli-ahlinya

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan tertinggi MPSJ
kerana turut hadir menjyakan program ini



Wednesday, November 11, 2015

PROGRAM BERSAMA DATUK USTAZ KAZIM ELIAS

Kelab Sukan dan Kebajikan MPSJ dan Bahagian Latihan MPSJ
akan mengadakan  Program Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias 
pada 13 November 2015 / Jumaat jam 9.00 pagi
bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga 2

SEMUA ADALAH DIJEMPUT HADIR

Wednesday, November 4, 2015

WARNA-WARNA PERTANDINGAN TARIK TALI DARI LENSA RASMI KELAB

KALAH MENANG KITA DAFTAR DULU YE BANG
TOLONG DENGAR YE, KALU TAK ADA YANG KENA
TARIK TELINGA INI

PENGADIL NI NAK KENA TARIK SELUAR KOT,
BEBEL SEMACAM JE
HARAP2 EN SUAMI, TAK PATAH RIOT LE
RESPECT MANDOR,  MINGGU DPN NAK PENCEN DAH,
BERHAJAT GAK NAK MAIN

ANAK SAPA HILANG NI, MAI HABAQ NOOOO

UNTUK MAKLUMAN  TUAN-TUAN,
PEMENANG PERTANDINGAN PETANG INI,
AKAN BERJUMPA DGN PASUKAN TADIKA KEMAS
DI PERLAWANAN AKHIR
KITA MAIN OH SOM JE LA, UNTUK TENTU JUARA
TAK PENAT BADAN


KORANG JGN RISAU,  TEAM LAWAN DAH KENA
BELANJA KAT KAFETERIA TADI

KAPAL NAK BELAYAR,  TARIK SAUH
BERAMAI-RAMAI

SKILL DUDUK PUN JADILAH, JANJI TARIK

Monday, November 2, 2015

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

 Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ mengucapkan 
Selamat Menyambut Deepavali kepada kakitangan yang
berbangsa India.

Thursday, October 22, 2015

PERTANDINGAN AKHIR TARIK TALI ANTARA JABATAN 2015

 Tahniah kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat
kerana telah menjuarai Pertandingan Tarik Tali Antara Jabatan 2015
Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ 

Tahniah juga kepada gabungan Jabatan ICT / Pelesenan
memenangi tempat ke 2 pertandingan ini

Ke 3 kepada Jabatan Pengurusan Alam Sekitar



Dan tempat ke 4 di menangi oleh Jabatan Hasil


* tq gambar2 dari Sharatul Shima, Jie Cola & Deaf Khai