Tuesday, August 25, 2015

PERTANDINGAN BOLATAMPAR ANTARA JABATAN MPSJ 2015

Bagi meneruskan kelangsungan aktiviti sukan dan riadah kepada 
kakitangan,  pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ 
akan menganjurkan Pertandingan Bola Tampar Antara Jabatan 
MPSJ  2015 pada bulan September 2015 ini di Gelanggang Bola Tampar
Kompleks Sukan, Ibupejabat MPSJ, USJ 5 

Sehubungan dengan itu jabatan-jabatan dipelawa untuk menyertai
pertandingan ini yang dibahagikan kepada 2 kategori.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Ogos manakala
tarikh taklimat pada 27 Ogos 2015.

PROGRAM KORBAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPSJ 2015 / 1436 HIJRAH

Program Korban MPSJ 2015 / 1436 Hijrah, sempena menyambut
Hari Raya Aidiladha akan diadakan pada 25 September 2015 / Jumaat
bersamaan 11 Zulhijjah 1436 Hijrah bertempat di Kompleks Sukan
Ibupejabat MPSJ USJ 5, Subang Jaya

Sehubungan dengan pendaftaran untuk menyertai program korban ini
masih lagi dibuka sehingga 31 Ogos 2015, kakitangan yang berminat
boleh berhubung dengan Biro Agama / Surau Kelab.

Monday, August 17, 2015

SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT & SUMBANGAN KELAB KEPADA BAKAL2 HAJI KAKITANGAN MPSJ

Majlis Doa Selamat & Penyerahan Sumbangan Kelab kepada
Bakal-Bakal Haji Kakitangan MPSJ telah selamat di adakan
pada 14 Ogos 2015 / 29 Ramadhan 1436 Hijrah di
Surau Al-Raudah, Bangunan Ibu Pejabat MPSJ, USJ 5

 Majlis turut dihadiri oleh Dato YDP, TYDP, Presiden Kelab,
Ketua-Ketua Jabatan, peserta Bakal-Bakal Haji dan kakitangan

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat kepada bakal-bakal
haji dan seterusnnya bacaan yasin serta tazkirah dari Ustaz jemputan 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada
pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ kepada kakitangan
yang mengerjakan haji pada tahun ini oleh Dato YDP

Senarai kakitangan yang mengerjakan Haji pada tahun ini 
adalah seperti berikut :

1. Ir. Mohd Ariffuddin Bin Hj Kamari - Pengarah Jabatan Bangunan
(Presiden Kelab Sukan)

2. En. Ismail bin Mohamad - Pengarah Jabatan Perancangan Bandar
3. En. Amirudin Bin Sabri - Penolong Jurutera Kanan 
Jabatan Kejuruteraan

4. En Hairol Nizam - Pembantu Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan

5. Pn Noraziah Bte Ali - Pengarah - Jabatan Audit Dalam

6. Pn Zalmah Bte Yahya - Pen Pengarah Kanan
Jabatan Khidmat Pengurusan

Pihak Kelab mengucapkan Selamat Mengerjakan Haji kepada
Bakal-Bakal haji tersebut semuga dipermudahkan segalanya
dan mendapat Haji yang Mabrur

Wednesday, August 12, 2015

MAJLIS DOA SELAMAT DAN SUMBANGAN KELAB KEPADA KAKITANGAN YANG MENGERJAKAN HAJI BAGI TAHUN 2015 / 1436 HIJRAH



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOLASEPAK ANTARA JABATAN 2015


Majlis Penyampaian Hadian Bagi Pertandingan Bolasepak Antara Jabatan
Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ telah diadakan pada
05 Ogos 2015 yang lalu pada Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos 2015


Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dato' YDP MPSJ 
selaku Penaung Kelab dengan diringi oleh Tuan TYDP
selaku Penasihat Kelab dan Presiden Kelab Ir. En Mohd Ariffuddin

 
Pihak Kelab mengucapkan tahniah kepada Jabatan Khidmat Pengurusan
kerana memenangi pertandingan bagi Edisi 2015 
dengan mengalahkan Jabatan Pembangunan Masyarakat

Tahniah kepada juga kepada semua pasukan yang menyertai
kejohanan ini dengan penuh semangat berpasukan dan kesukanan







* Pengharagaan terima kasih kpd Jbt Perancang Koporat
Dan Pengurusan Strategik MPSJ atas pemberian gambar
gambar ini

GERAI KELAB SUKAN & KEBAJIKAN MPSJ SEMPENA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MPSJ 2015


Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MPSJ 2015
telah diadakan pada 01 Ogos 2015 yang lalu 
 

Ianya diadakan diperkarangan Ibu Pejabat MPSJ, USJ 5
Subang Jaya dan dihadiri semua kakitangan termasuk
tetamu jemputan 
 

Seperti biasa pihak Kelab diberi kepercayaan untuk menguruskan
Gerai Buah-Buahan pada majlis tersebut
 

Dan seperti biasa jugalah gerai tersebut merupakan gerai-gerai
yang paling terhangat serta dikunjugi ramai oleh kakitangan
dan tetamu untuk menikmati buah-buahan tempatan 
 

Untuk jamuan ini pihak kelab telah menyediakan pelbagai jenis
buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, langsat
dan yang menjadi rebutan dan tarikan utama adalah
Raja segala Buah iaitu BUAH DURIAN