Monday, March 30, 2015

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG KELAB


Antara sebahagian lagi ahli-ahli kelab yang hadir
dalam menjayakan mesyuarat agong ini


Terima kasih dari pihak kelab atas sokongan anda semua
dalam menjayakan mesyuarat ini



Tahniah kepada yang memenangi cabutan hadiah bertuah
daripada pihak kelab 








Akhir kata, pihak kelab merakamkan penghargaan terima kasih
kepada semua dalam menjayakan mesyuarat agong kali ini 
terutama Dato YDP selaku Penauang Kelab dan Timbalan YDP
selaku Penasihat Kelab dan ahli-ahli yang hadir.

Thursday, March 26, 2015

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG KELAB


Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ
(KSK MPSJ) kali ke 15 telah selamat diadakan pada 18 Feb 2015
yang lalu


Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Nor Hsham Bin Ahmad Dahlan, 
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya selaku Penaung Kelab.
Majlis juga turut dihadiri oleh Tn.Hj. Abdullah Bin Marjunid,
Timbalan Yang Dipertua, MPSJ, selaku Penasihat Kelab.



Majlis diteruskan dengan ucapan Presiden Kelab Penggal 2012-2014,
 Ir Ariffuddin B. Hj Kamari



Cabutan bertuah turut juga diadakan bagi menghargai
kehadiran ahli-ahli kelab pada Mesyuarat Agong ini


 



Sebahagian ahli-ahli kelab yang hadir dalam menjayakan Mesyuarat
Agong Kelab bagi Tahun 2015


* gambar2 credit kpd Bhg Penerbitan, Jbt Perancangan Korporat & Pengurusan Strategik

PENYEWAAN GERAI / BOTH DI KAFETERIA MPSJ


Pihak Kelab mengalu-alukan sebarang penyewaan gerai dan both
pameran yang terletak di aras G berhampiran pintuk masuk Kafeteria MPSJ
untuk individu dan syarikat yang berminat memasarkan barangan mereka


Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh berhubung dengan
Biro Ekonomi Kelab iaitu En Zamir di Jabatan Perancangan Korporat
Dan Pengurusan Strategik dan Pn Juliana di Jabatan Khidmat Pengurusan
 


Wednesday, March 11, 2015

PAPAN KENYATAAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPSJ


 Bagi Memaparkan Segala Aktiviti Dan Program Kelab,
Papan Kenyataan Kelab Telah Disediakan Di Tingkat 1,
Bangunan MPSJ (Berhadapan Lift)


Papan Kenyataan Ini Diuruskan Oleh Biro Penerbitan Kelab

Thursday, March 5, 2015

KAD UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR ELEKTRONIK - DARI KELAB SUKAN & KEBAJIKAN MPSJ


 Pihak Biro Kebajikan, Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ 
buat masa ini hanya mengeluarkan Kad Ucapan Selamat Hari Lahir kepada kakitangan secara elektronik sahaja, sementara menunggu kad yang sebenar siap dicetak

PEMBERIAN SUMBANGAN KELAB


Semua tuntutan boleh dikemukakan kepada AJK Biro Kebajikan, Kelab Sukan Dan Kebajikan MPSJ seperti yang tertera di atas

Untuk makluman Biro Kebajikan akan menghantar setiap tuntutan mengikut bulanan dan biasanya dilakukan pada penghujung setiap bulan atau awal bulan berikutnya

Bagi tuntutan bulan Januari 2015 ianya masih lagi dalam proses oleh AJK lama kelab